Deria Penglihatan
Deria penglihatan adalah deria yang mengesan kewujudan cahaya.
Manusia mempunyai 2 biji mata yang terletak dalam soket tengkorak.
Mata sebenarnya berbentuk sfera dan sedikit menonjol.
Struktur mata manusia
Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).
Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.
Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).
Fungsi setiap bahagian mata.
Bahagian | Struktur/Ciri-ciri | Fungsi |
Sklera (sclera) | Lapisan putih yang kuat. |
|
Kornea (cornea) | Membran lut cahaya (translucent) sklera, pada bahagian depan mata. |
|
Koroid (choroid) | Lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari darah |
|
Konjunktiva (conjunctiva) | Lapisan epitelium pada depan mata. | Melindungi kornea. |
Iris | Lapisan berbentuk cakera (disc-shaped) pada depan mata. |
|
Anak mata (pupil) | Bukaan kecil pada depan mata. | Membenarkan cahaya memasuki mata. |
Kanta mata (lens) | Kanta cembung yang lut sinar dan elastik. | Membias dan menfokus cahaya pada retina. |
Otot silia (ciliary muscle) | Otot yang membentang dari koroid. | Mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta berubah. |
Ligamen gantung (supportive ligament) | Satu struktur yang terbentuk daripada gentian kolagen. | Menyokong dan memegang kanta pada tempatnya. |
Gelemaca (vitreous humour) | Bahan seperti jeli yang mengisi ruang di dalam biji mata. |
|
Gelemair (aqueous humour) | Cecair tidak berwarna yang mengisi ruang di bahagian hadapan kanta mata. | Membias dan menfokus cahaya yang memasuki mata. |
Retina (a) Bintik kuning (yellow spot) (b) Bintik buta (blind spot) | Lapisan sel yang peka kepada cahaya. Titik bertentangan dengan pupil dan kaya dengan reseptor peka cahaya. Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel yang peka kepada cahaya. |
|
Saraf optik (optic nerve) | Sekumpulan saraf yang menghubungkan retina ke otak. | Menghantar impuls dari retina ke otak untuk ditafsirkan. |
Mekanisme Penglihatan
Sesuatu objek membalikkan (reflects) cahaya dalam semua arah.
Hanya cahaya dalam kawasan pandangan tertentu sahaja akan memasuki mata.
Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair (aqueous humour), kanta mata (lens) dan gelemaca (vitreous humour).
Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada retina dan seterusnya mencetuskan impuls saraf.
Pembentukan imej pada retina.
Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk ditafsirkan. Imej ditafsirkan sebagai tegak.
Pembentukan imej pada retina adalah sama seperti pembentukan imej oleh kanta cembung (convex lens), yang menghasilkan imej terbalik dan nyata.
NOTA RINGKASSSSSS....
ReplyDelete