Saturday 21 April 2012

Tingkatan 4

Keturunan & Variasi


KETURUNAN DAN VARIASI
1.               1.   Memahami Proses Pembahagian Sel
Kita mengetahui bahawa badan kita terbina dari berjuta-juta sel. Dalam sel ini terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang mengandungi gen.Gen inilah yang yang mengawal sifat kita. Contohnya ia mengawal samada rambut kita kerinting atau tidak.
Gen adalah bahan baka yang membawa maklumat genetik.
Gen terletak dalam kromosom. Jika dilihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur bebenang dalam nucleus sel.
Manusia boleh tumbuh dan membiak keran selnya boleh membahagi. Dua jenis pembahagian sel ialah mitosis dan meiosis. Mitosis berlaku dalam seluruh badan dan menyebabkan setiap hari kita membesar. Bilangan kromosom yang terhasil tetap sama dengan gen asal (kadangkala digelar ‘gen induk’). Meiosis pula berlaku dalam testis atau ovari untuk menghasilkan sperma atau  ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah separuh dari bilangan sel induk. Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari kromosom sel induk (46 kromosom).
Terdapat perbezaan di antara mitosis dan meiosis.
Mitosis
Meiosis
Ø  Berlaku dalam sel soma
Ø  Untuk pertumbuhan fizikal
Ø  Menghasilkan 2 “sel anak” setiap pembahagian
Ø  Tidak menyebabkan variasi
Ø  Berlaku dalam organ pembiakan (testis/0vari)
Ø  Untuk pembentukan sel gamet (sperma/ovum)
Ø  Menghasilkan 4 “sel anak”
Ø  Menyebabkan variasi



2.      Perwarisan Sifat

Saintis telah mengetahui bahawa kebiasaanya organism mempunyai sepasang kromosom yang membawa sepasang gen. Gen-gen ini mungkin sama atau berbeza. Terdapat dua jenis gen iaitu gen dominan dan gen resesif. Gen dominan ialah gen yang kuat dan mampu menonjolkan cirinya pada organism.Gen resesif adlah gen yang lemah.Ia tidak boleh menonjolkan cirinya jika ia berjumpa dengan pasangan gen resesif yang sama.
Gen dominan akan mengakibatkan sifat dominan. Mengikut kajian saintis genetic beberapa contoh sifat dominan manusia ialah seperti safat rambut kerinting dan kebolehan menggulung lidah.
Sifat resesif pula adalah seperti rambut lurus dan tidak boleh menggulung lidah.Bagaimanakah  sifat-sifat ini boleh diperturunkan dari ibi bapa ke anak?
Sel MANUSIA mempunyai 46 kromosom (23 gen yang berpasangan). Sperma dan ovum yang terhasil dari meiosis hanya mengandungi 23 kromosom sahaja. Jika sperma membawa gen yang mengawal sifat rambut kerinting  (dominan) mensenyawakan ovum yang membawa sifat rambut lurus, maka anak yang terhasil akan berambut kerinting.

Struktur kromosom dalam gamet:-

SPERMA
OVUM
22+X atau 22+Y
22+X sahaja

Kromosom X dan kromosom Y digelar sebagai “ Kromosom Seks”. Kromosom ini menetukan jantina seseorang.

3.      Kejadian Kembar
Proses persenyawaan berlaku apabila sebiji ovum disenyawakan oleh ‘seekor’ sperma. Zigot akan terhasil. Zigot pula membesar sebagai sebagai fetus didalam uterus ibu. Kebiasaannya hanya satu zigot terhasil dari persenyawaan. Ini adalah kerana kebiasaannya wanita menghasilkan sebiji ovum setiap bulan.
Walau bagaimanapun kaddang kala lebih dari satu fetus terbentuk. Kejadian yang menakjubkan ini akan menghasilkan kembar. Pada asasnya terdapat 2 jenis kembar. Kembar seiras dan kembar tidak seiras.
Terdapat perbezaanya iaitu:
SEIRAS
TAK SEIRAS
ü  Satu ovum disenyawakan oleh 1 sperma,zigot yang membahagi 2.
ü  Mempunyai kandungan genetik sama.
ü  Ciri fizikal sama.
ü  Berkongsi plasenta.
ü  Jantina MESTI sama.
ü  2 ovum disenyawakan oleh 2 sperma berbeza.
ü  Mempunyai kandungan genetik berbeza.
ü  Cirri fizikal (paras rupa) berbeza.
ü  Plasenta berasingan
ü  Jantina mungkin sama atau berbeza.

Kembar yang satu lagi ialah kembar siam.Kembar siam berpunca dari kejadian kembar seiras. Fetus yang membahagi dua kadangkala tidak berpecah sepenuhnya. Oleh itu kembar itu bercantum pada bahagian tertentu seperti pada dada atau sisi.

untuk keterangan yang lebih lanjut sila klik link yang disediakan..

Sunday 8 April 2012

silibus Sains sekolah menengah

http://www.moe.gov.my/bpk